"Kita"
Mungkin kau mengetahui
Aku bukannya lawan
Aku hanya seorang kawan
Yang cuba mengawal diri
Dari bertindak mengikut emosi
Kerana aku manusia biasa
Tidak sempurna
Tetapi
Aku harap aku sudah cuba sedaya
Untuk membuat yang terbaik
Untuk memberi yang terbaik
Untuk dirimu jua
Mungkin kau tidak mengatahui
Kau disayangi
Malah dicintai
Kau mungkin
Tindak mempunyai segalanya
Tetapi
Kau punya personaliti
Sikapmu yang rendah diri
Senyumanmu yang
Ikhlas dari hati
Sentiasa mendahului orang lain
Sentiasa..
Berusaha
Kau berani
Kau tabah
Menghadapi takdir
Kau harungi
Pahit dan getir
Dan mungkin kau mengetahui
Bahwa semua
Yang berlaku
Ada maknanya
Ada isitilahnya
Ada maksudnya
Mungkin juga kau mengetahui
Aku insan
Yang menyayangi dirimu
Yang merindui
No comments:
Post a Comment